Tuesday, February 10, 2015

Resepi Kek Coklat Moist Sedap Meleleh

Assalamualaikum.

Tajuk over sikit takper, dimaafkan sebab dah lama tak blogging dan tiba-tiba wujud semula like, kau pahal? Sebenarnya saja tulis resepi ni so lepasni boleh terus rujuk sini tanpa tercari-cari lagi resepi yang mudah dan sedap namateyy macamni. Oh sebelum terlupa, resepi ni credit to namee roslan. Thanks sebab kek namee ni sangat simple dan khusus untuk orang malas tapi teringin nak makan sedap. Kah. Serius, sebelum ni aku bake mesti kureng sikit sampai terpaksa jadi gemuk sebab kena melantak sensorang (ayat klise sedih) bcz nobody loves my cakeee T.T But minta perhatian ya semua, this time guna resepi namee ni iolls siap buat 2-3 kali dan diberi confirmation takkan gemuk sorang 


Gambar 6 bulan lepas diambil dari IG sendiri. Lama tak lama takper yang penting ada ya dak? hihi

Bahan-bahan pun senang yang amatlah nak cari and make sure semua bahan ni mesti ada ok:

1. Tepung gandum
2. Gula perang
3. Serbuk koko Van Hauton (tapi kalau tak ada boleh guna brand lain)
4. Butter
5. Full cream milk dutch lady satu kotak kecil
6. Susu pekat manis
7. Soda bikarbonat
8. Baking powder
9. Minyak masak
10. 3 biji telur
11. Essence vanilla

So basically kek moist ni ada tiga mixture: Hitam, putih dan kuning. Haa, nama mixture tak tahan haha. Kalau nak tau kenapa, kena buat dulu baru tau ok? :p

Mixture hitam
1. 1 cawan gula perang
2. 1 cawan susu full cream
3. 1/2 cawan susu pekat manis
4. 1 cawan minyak masak 
5. 1 cawan serbuk koko

Masukkan semua bahan dalam periuk, masak dengan api yang kecil tau kalau tak nanti gemok sensorang lagi padan muka. Gaul sampai semua bahan sebati oke 

Mixture putih
1. 1 1/4 cawan tepung
2. 1 sudu kecil/sudu teh soda bikarbonat
3. 1 sudu kecil/sudu teh baking powder

Masukkan semua bahan dalam satu bekas sebab kita nak ayak tepung, so that tepung tak ada yang ketul-ketul. Barulah end product cake kita halus moist je bagaikan profesional gitteww. Tak lah nampak sangat tangkap muat kan kekkekekeke

Mixture kuning
1. 3 biji telur
2. 1 sudu kecil/ sudu teh essence vanilla

Pecahkan telur dan kacau sebati bersama esen vanila

Kalau dah ada tiga mixture ni dah boleh campur ketiga-tiga ikut arahan bawah ni:

1. Mixture kuning masukkan dalam mixture hitam. Kacau sebati.
2. Lepastu barulah mixture putih masukkan dalam mixture hitam+kuning tadi. Gaul lagi sampailah sebati, and make sure no flour globbing together barulah boleh kukus.
3. Kukus 1 jam 20 minit.
4. Then bolehlah buang masa tengok tv main bola ke apa sementara tunggu kek tu kan. Nak buat terus topping ganache pun boleh tapi lagi best kalau kita buat masa kek dah masak sebab lagi fresh

Ganache meleleh

Untuk topping, aku tak buat macam yang namee buat tu. Sebab aku lagi suka ganache yang sentiasa cair and moist dan tak keras. Bila masuk dalam icebox pun still cair. So siapa agak-agak taste kita sama ikutlah ye. hehe

Resepi aku ambik dari K.Nor @secubitgaram. Memang leleh kauuu. Macam dalam gambar atas

Bahan ganache:

1. 300 gram coklat masakan (ikutlah nak banyak mana tapi untuk resepi kek ni coklat memang banyak gils tapi puas hati)
2. 1 sudu besar susu pekat
3. 1/2 cawan susu cair
4. 2 sudu besar mentega
5. 1/4 cawan air panas

Panaskan susu cair+susu pekat guna kaedah double boiler.
Masuk coklat masakan, kacau sampai cair.
Padam api, masukkan butter. Kacau lagi sampai cair.
Curahkan 1/2 ganache ni atas kek yang dah siap masak tadi (kalau boleh yang masih panas sebab masa tengah panas-panas lagi senang meresap ke dalam, so lagi umph la rasa kek tu). Pastu biar meresap 15-30 minit.

Dah meresap, panaskan lagi lebihan ganache tadi guna kaedah sama, dan masukkan air panas, kacau sebati then curah sekali lagi atas kek.
Bila dah sejuk, masuk icebox. 

SIAPPPPPPPPPP yeyyy. Malam-malam bolehlah menikmati seisi keluarga. 
Memang sedap serius. Trylah buat. :D

*ganache memang agak banyak so kalau ada lebih boleh simpan dan dijadikan jem untuk makan-makan roti ke ala-ala nutella la bak hang. Jimat sikit haha

Maaf sebab tak ada gambar step by step. Kalau nak tengok step by step boleh pergi ke resepi asal dekat blog namee ok? :)

Toodles!